Selasa, 1 Jun 2010

pola baju

Semalam saya belajar buat pola baju blaus dengan sorang akak yang baru saya kenal kat kolej ni. Akak ni tenaga pengajar sambilan fesyen. Saya ambil kesempatan nak buat pola blaus. Sebelum ni saya ada tengok buku, tapi susah nak faham bagi orang yang baru belajar macam saya ni..nak kena ada orang tunjuk teknik yang betul juga baru la senang.


Ini pola yang baru saya siapkan.


Sebenarnya nak buat pola ni bahagian ketiak dengan tangan tu yang saya confius sikit. Tapi semalam dah ada tok guru yang mengajar baru la faham. Tu pun bukan seratus peratus, nak kena belajar lagi..ni pola badan saya..kalau pola baju mak saya susah sikit sebab dia gemuk. Kalau orang gemuk ni ukuran dia lain sikit, nak kena ambil kira kat bahagian perut .

Kain ni saya minta kawan saya belikan kat kampung dia di Bagan Serai. Kain cotton semeter RM 2.50. Kena guna kain yang murah dulu nak jahit blaus ni, takut tersalah potong...kalau kain mahal tersalah potong mahu nangis..lepas ni bila dah menjadi boleh la order fabric designer kat dalam blog.Teringin jugak tengok orang pakai kain yang cantik-cantik. Oklah nanti saya sambung lagi..dah nak bersiap pergi kerja..


3 ulasan:

  1. ahh nak juga belajar buat blause sendiri huhuhu

    BalasPadam
  2. buat blouse sendiri jimat kan... saya sukerr

    BalasPadam
  3. tini:)pelan2 tini,nanti ada masa leh belajar. rimbun:)baru belajar, x tahu jadi ker tak..kalau jadi leh jimat beli blaus beli kain jer buat sendiri

    BalasPadam