Sabtu, 15 Oktober 2011

Baju Kurung pahang


Saya telah membuka blog khas untuk jual readymade baju kurung dan kain pasang..Kalau ada masa leh la kesini yer..http://fareezcollections.blogspot.com. Contoh baju kurung ada kat bawah ni..

Khamis, 22 September 2011

Muncul kembali...

Salam semua..dah lama saya tak berblog ni..ini disebabkan masalah streamyx saya yang tak selesai. Hari tu ada orang TM call dia cakap dah nak pasang kat rumah, so saya sangat excited lalu stop saya punya broadband. Alih-alih orang TM cakap ada masalah apa pun saya x pasti..sampai sekarang belum dapat pasang lagi kat rumah. Ini saya curi masa kat ofis. Bulan-bulan yang lepas agak busy disebabkan saya menanggung kerja kawan saya cuti bersalin..so x dapatla nak update hasil kerja kerastangan saya. Tak der apa pun saya buat..cuma jahit baju kurung dan beg untuk anak-anak jer. Yang terbaru sekarang ni la..tolong adik jual kain cotton dari Vietnam. Ada balance 3 pasang lagi. Saper nak order leh contact saya. Ni gambonyer.


Boleh tengok kat fb saya jugak. Oklah..nanti saya sambung lagi..

Sabtu, 19 Mac 2011

Roti Naan



 Hari ni tak menjahit..layan budak-budak belajar, mengemas rumah,melipat kain yang tak berlipat dekat 3 raga setelah berhari-hari di Teluk Senangin. Pagi tadi breakfast nasi goreng kampung...kenyang. Tengahari tak masak..dekat pukul 2 lebih rasa lapar balik...tapi dah tak nak makan nasi..budak-budak ni suka makan roti. So..cari resepi kat myresepi..jumpa la roti naan ni..kat rumah tak der cheese..selalu pergi makan kat kedai mamak roti cheese naan. Buat naan biasa jerla cicah dengan kari udang.
 Roti naan setelah dibakar dalam non stick pan..malas nak bakar kat oven..

Setelah siap dibakar, disapu dengan mentega dekat atasnyer..harum baunyer..makan panas-panas..yummy..

Jumaat, 18 Mac 2011

Diaper bag


 Bulan March dah masuk tengah bulan, tapi satu entry pun tak der..bukan sebab sibuk sangat tapi tak tahulah kenapa saya malas nak update blog. Semalam saya sempat juga la memotong kain ni untuk dibuat beg. Ini pun sebab beg anak saya nak pergi nursery dah koyak..terpaksa jugak jahit..sebelum ni dia dok pakai beg roda..pastu tak nak bawa ke nursery sebab ada budak suka main tarik-tarik beg roda dia. Dia cakap mama buat la beg baby..ish..mama ni tak pernah jahit beg..takut kang jadi lain plak. Bila dah siap ok la pulak..taklah susah sangat jahit beg ni sebenarnya..lagi pun saya guna kain heavyweight untuk kat luar dan cotton lembut untuk yang dalam. nak cepat malas nak letak interfacing ker apa ker..sendiri pakai takper..bukan nak jual pun.
 Bahagian dalamnyer dijahit getah dan dijahit tengah. Senang nak letak bedak, minyak rambut, sikat dan mainan sikit..budak ni dah tak pakai pampers dari umur 2 thn lagi..mulut becok bukan main..ajar jer la dia nak kencing dan berak..nasib baik ok dok kat nursery..tak der la plak kes bocor ker..lagipun umur dah 3 tahun.
Pandangan depan beg.


Suka sangat la dia dapat beg Hello Kitty ni..elok siap jahit, cepat-cepat nak try. Dia cakap nak cerita kat Cikgu Siti tak nak bagi budak yang suka tarik beg roda dia tu main. Suruh cikgu simpan beg dia dalam bilik. Apa-apa jerla Pya, asalkan tak menangis kat nursery, mama nak pergi kerja.

Selasa, 15 Februari 2011

Jom Jahit Apron

Seharian hari ni menyiapkan apron ni untuk Jom Jahit bersama TiniHani. Buat apron ni kejap jer, yang lamanyer nak buat benda kat atas tu. Konon-konon nak bagi lagi cantik la, sekali dah siap nampak cam buruk plak..kena banyak praktis lagi la. Saya guna jahitan tangan jer, sebab mesin saya tak boleh sulam. Kalau boleh sulam, lama dah siap benda ni. Perasan tak nampak senget tulisan nyer. Saya dah pin, tapi bila jahit lari plak..saper boleh tolong..kena letak gam dulu ker kat tulisan tu bagi tak lari?



Kena belajar dgn Tini lagi la, dia jahit felt kemas jer. Ini udah macam kena gempa bumi, senget benget..
Bila dah siap tanya Along..
Mama: Along, cantik tak apron mama?
Along: Cantik tapi takder poket.
Mama: Kenapa kena ada poket?
Along: Nanti nak bubuh duit, macam ayah buat masa jual ayam tu.
Mama:ooo
Dulu Along pernah ikut ayah pergi berniaga kat pasar malam..masa tu dia kecik lagi..baru 2/3 tahun kot..Dia ingat lagi..sekarang ayah dah tak meniaga..ayam mahal..untung sikit jer. Dok buat rumah orang plak. Ayah tu panggilan untuk Tuk Ayah dia..dari kecik mak jaga..sampai sekarang pun dok panggil ayah dgn mak kat tukwan dgn nenek. Ok Tini..saya punya dah siap..excited sebab memang kat rumah tak de apron..nak basuh pinggan habis basah baju.

Ahad, 13 Februari 2011

Anak-anakku

Semalam tengah potong kain untuk buat apron, budak-budak ni pun sibuk gak dengan projek masing-masing. Kain yang Along main ni..untuk buat tali apron..boleh dia minta kat mama suruh bagi dia..nak buat pendekar. Apa-apa jer lah Along..mama nak guna jugak..mama bagi pinjam kejap jer.

Anak dara sorang ni dah tak macam anak dara dari segi rupa..tapi attitude tetap maintain..Dia sibuk dok main quilt mama yang tak siap tu..kain pink tu beli nak buat lapik belakang dia. Belum dapat stok batting fiber lagi..so tak dapat la nak siapkan. Dia dah tak sabar nak pakai selimut tu. Dia cakap mama buat la cepat selimut baby..baby tak der selimut. Buat pengetahuan semua..rambut dia terpaksa dibotakkan gara-gara abangnyer jumpa gunting jahit mama lupa nak masukkan dalam tool box. Habis rambut adik dikerjakannya..at last papa pun botakkan la rambut tu..coz tak dapat diselamatkan lagi.

Sabtu, 29 Januari 2011

Tutorial membuat kain susun johor (kain baju kurung)

Hari ni nak masukkan tutorial membuat kain kurung. Saya tahu mesti ramai dah tahu nak membuat kain kurung cara mudah ni. Sebenarnya ia lebih kepada jurnal. Senang esok bila anak dara dah besar, dia tengok jer mama dia punya jurnal..walaupun masa tu dia tinggal jauh dari mama.
Cara mengambil ukuran kain.
a-b= ukuran punggung(tambah 4 jari supaya tidak ketat)+ 21" (susun kain)+2" basi.
a-c=ukuran pinggang ke buku lali (labuh kain)
Contoh: a-b= 36+21+2=59/2=29.5 (kain dilipat dua)
a-c=40+2=42(untuk getah pinggang dan lipat bawah kain)

Cantum kain dan kemaskan dibahagian bawah. Kemudian kain hendaklah digosok kemas.

Untuk membuat lipatan. Tandakan kain a ke b 21" dimana tandakan setiap 7". Ada 3 lipatan campur yang bawah..semua ada 4 susun kain. Kain hendaklah digosok setiap lipatan supaya kelihatan kemas.

Jahit zip 8" dibahagian tepi kain. Tinggalkan basi untuk meletak getah pinggang berukuran 1". (getah 1" + 1" untuk lipatan).

Hujung getah pinggang dibuat sarung untuk bahagian letak kancing. Sebelah sahaja, sebelah lagi tak perlu.

Potong kain dibahagian susun tadi supaya apabila kita menjahit getah, ia tidak terlalu tebal. (dalam anak panah).

Hujung kain dijahit mati (dalam bulatan) setelah dipotong bahagian bawahnyer tadi bersama getah pinggang dibawahnya yang tidak bersarung.

Hujung kain yang telah dibuat sarung tadi. Jahit mati dihujungnyer (dalam bulatan). Ini untuk memudahkan supaya kain tidak lari semasa menjahit getah nanti.

Kemaskan kain dibawah getah. Berhati-hati supaya tidak terjahit getah, nanti susah nak tarik getah, sebab getah lebih pendek dari panjang kain. Faham ker? Faham kot, saya guna bahasa mudah ni.

Jahit dibahagian tengah getah supaya getah tidak bergulung apabila digunakan. Semasa menjahit, tangan kiri tarik getah ke depan, tangan kanan tarik getah ke belakang. Kira bagi getah tegang la. Mula-mula memang susah sikit, mana nak tengok kain,mana nak tarik getah. Sampai patah jarum 2-3 batang masa mula2 belajar dulu. Bila dah buat selalu, ok jer..tak der masalah.

Bahagian atas kain. Ini cara yang senang untuk permulaan.

Pandangan penuh kain yang telah disiapkan.
Lepas ini saya akan masukkan tutorial untuk membuat baju kurung moden zip belakang. Dah ada kain mesti ada baju kan..ok sampai disini dulu..anak2 balik rumah mak..so boleh la tido lewat sikit malam ni.










Khamis, 27 Januari 2011

Santai..di Teluk Senangin

Hari ni tak der entry pasal jahit..nak buat promosi jer. Chalet yang baru siap di Teluk Senangin, Lumut, Perak.

Inila rupa chalet dari depan. Ada lima bilik, satu bilik ada katil queen size, bilik air ada shower, hanger baju, selimut dan tuala. RM 80.00 satu malam. Macam biasa, check-in pukul 2.00 petang, check-out pukul 12.00 tengahari.

Katil yang disediakan sangat la empuk..hehe. Sesuai la nak honeymoon, tapi kalau nak tidor beramai2 pun boleh..bawa toto sendiri..sebab bilik besar.


Tuala dan hanger yang disediakan.



Keadaan di dalam bilik mandi.


Tandas sekali..yang hitam-hitam tu..simen. baru siap..Pekerja kontrak tak bersihkan elok-elok.

Cermin di dalam bilik air.
So, sesiapa yang ingin buat family gathering ker, nak lari dari kesibukan kota ker, apa-apa jer lah, silalah buat tempahan. Berdekatan dengan pantai, sesuai untuk aktiviti memancing. Teluk Senangin sekarang dah membangun, majlis perbandaran Manjung tengah buat renovation nak bagi cantik macam kat Teluk Batik. Banyak tempat bersantai disediakan dengan tempat orang menjual. So tunggu apa lagi silalah buat tempahan kat hubby saya di no. 012-5731615 En. Fahizal.






Ahad, 16 Januari 2011

Mood menjahit x dtg..layan donut dulu..

1st time membuat donut..tiba2 jer teringin makan donut..nasib baik ada mauripan..so inilah hasilnya..

Acuan yang digunakan..coz memang tak ada acuan donut kat rumah!

Along nak makan dengan coklat..nasib baik ada stok dalam peti ais..

Simpan buat frozen..senang nak makan.

Donut yang telah siap digoreng.

Pya comot sangat..berebut makan dengan Along.





Rabu, 5 Januari 2011

My 1st Quilt

Dengar macam best jer kan..hehe..sebenarnya quilt ni tak siap lagi..nak kena tambah mana2 yang patut..sebab size dia kecik sangat. Ingat nak buat selimut Pya..tapi macam tak sesuai jer..tak pun gantung jer kat dinding. Belum diputuskan lagi.
Tangkap gambar waktu malam..pastu tak berapa familiar lagi dengan camera baru ni..sangat la kabur gambarnyer..agaknyer ni bateri dia pun dah nak weak kot . Okla..setakat ni aja dulu..

Blouse........bunga-bunga

Akhirnya siap juga blouse ni...dah lama sangat terperam kat dalam kotak..beli masa sale kat kamdar hari tu...

Kali ni buat leher V jer..nak cepat..tak payah letak butang.


Bahagian tangan saya letak lace warna hijau..baju ni color peach..ada batang warna hijau sikit2..saja jer letak lace hijau..asyik color pink jer..ok..jumpa lagi


Selasa, 4 Januari 2011

1st Day Pra Sekolah & Nursery

Along bergaya dgn kasut baru dan rambut pacak..fisrt time rambut potong kat kedai..selama ni papa yang potong rambut..dia punya menjerit tak tahu nak cakap..nasib baik la mamak tu profesional..tak sampai 5 minit dah siap potong rambut siap buat pacak lagi.

Pya dengan Along tengok apa tu?...

Pya bergaya dgn beg roda papa beli...mengamuk nak beg roda..macam dia yang nak pergi sekolah. Along mengalah jer beli beg roda yang kecik. Besar beg pada tuan..tapi okey dia..hantar nursery tak menangis pun..selama ni mak tok yang jaga..Belajar rajin-rajin tau Along..jangan asyik main jer.