Sabtu, 29 Januari 2011

Tutorial membuat kain susun johor (kain baju kurung)

Hari ni nak masukkan tutorial membuat kain kurung. Saya tahu mesti ramai dah tahu nak membuat kain kurung cara mudah ni. Sebenarnya ia lebih kepada jurnal. Senang esok bila anak dara dah besar, dia tengok jer mama dia punya jurnal..walaupun masa tu dia tinggal jauh dari mama.
Cara mengambil ukuran kain.
a-b= ukuran punggung(tambah 4 jari supaya tidak ketat)+ 21" (susun kain)+2" basi.
a-c=ukuran pinggang ke buku lali (labuh kain)
Contoh: a-b= 36+21+2=59/2=29.5 (kain dilipat dua)
a-c=40+2=42(untuk getah pinggang dan lipat bawah kain)

Cantum kain dan kemaskan dibahagian bawah. Kemudian kain hendaklah digosok kemas.

Untuk membuat lipatan. Tandakan kain a ke b 21" dimana tandakan setiap 7". Ada 3 lipatan campur yang bawah..semua ada 4 susun kain. Kain hendaklah digosok setiap lipatan supaya kelihatan kemas.

Jahit zip 8" dibahagian tepi kain. Tinggalkan basi untuk meletak getah pinggang berukuran 1". (getah 1" + 1" untuk lipatan).

Hujung getah pinggang dibuat sarung untuk bahagian letak kancing. Sebelah sahaja, sebelah lagi tak perlu.

Potong kain dibahagian susun tadi supaya apabila kita menjahit getah, ia tidak terlalu tebal. (dalam anak panah).

Hujung kain dijahit mati (dalam bulatan) setelah dipotong bahagian bawahnyer tadi bersama getah pinggang dibawahnya yang tidak bersarung.

Hujung kain yang telah dibuat sarung tadi. Jahit mati dihujungnyer (dalam bulatan). Ini untuk memudahkan supaya kain tidak lari semasa menjahit getah nanti.

Kemaskan kain dibawah getah. Berhati-hati supaya tidak terjahit getah, nanti susah nak tarik getah, sebab getah lebih pendek dari panjang kain. Faham ker? Faham kot, saya guna bahasa mudah ni.

Jahit dibahagian tengah getah supaya getah tidak bergulung apabila digunakan. Semasa menjahit, tangan kiri tarik getah ke depan, tangan kanan tarik getah ke belakang. Kira bagi getah tegang la. Mula-mula memang susah sikit, mana nak tengok kain,mana nak tarik getah. Sampai patah jarum 2-3 batang masa mula2 belajar dulu. Bila dah buat selalu, ok jer..tak der masalah.

Bahagian atas kain. Ini cara yang senang untuk permulaan.

Pandangan penuh kain yang telah disiapkan.
Lepas ini saya akan masukkan tutorial untuk membuat baju kurung moden zip belakang. Dah ada kain mesti ada baju kan..ok sampai disini dulu..anak2 balik rumah mak..so boleh la tido lewat sikit malam ni.










Khamis, 27 Januari 2011

Santai..di Teluk Senangin

Hari ni tak der entry pasal jahit..nak buat promosi jer. Chalet yang baru siap di Teluk Senangin, Lumut, Perak.

Inila rupa chalet dari depan. Ada lima bilik, satu bilik ada katil queen size, bilik air ada shower, hanger baju, selimut dan tuala. RM 80.00 satu malam. Macam biasa, check-in pukul 2.00 petang, check-out pukul 12.00 tengahari.

Katil yang disediakan sangat la empuk..hehe. Sesuai la nak honeymoon, tapi kalau nak tidor beramai2 pun boleh..bawa toto sendiri..sebab bilik besar.


Tuala dan hanger yang disediakan.



Keadaan di dalam bilik mandi.


Tandas sekali..yang hitam-hitam tu..simen. baru siap..Pekerja kontrak tak bersihkan elok-elok.

Cermin di dalam bilik air.
So, sesiapa yang ingin buat family gathering ker, nak lari dari kesibukan kota ker, apa-apa jer lah, silalah buat tempahan. Berdekatan dengan pantai, sesuai untuk aktiviti memancing. Teluk Senangin sekarang dah membangun, majlis perbandaran Manjung tengah buat renovation nak bagi cantik macam kat Teluk Batik. Banyak tempat bersantai disediakan dengan tempat orang menjual. So tunggu apa lagi silalah buat tempahan kat hubby saya di no. 012-5731615 En. Fahizal.






Ahad, 16 Januari 2011

Mood menjahit x dtg..layan donut dulu..

1st time membuat donut..tiba2 jer teringin makan donut..nasib baik ada mauripan..so inilah hasilnya..

Acuan yang digunakan..coz memang tak ada acuan donut kat rumah!

Along nak makan dengan coklat..nasib baik ada stok dalam peti ais..

Simpan buat frozen..senang nak makan.

Donut yang telah siap digoreng.

Pya comot sangat..berebut makan dengan Along.





Rabu, 5 Januari 2011

My 1st Quilt

Dengar macam best jer kan..hehe..sebenarnya quilt ni tak siap lagi..nak kena tambah mana2 yang patut..sebab size dia kecik sangat. Ingat nak buat selimut Pya..tapi macam tak sesuai jer..tak pun gantung jer kat dinding. Belum diputuskan lagi.
Tangkap gambar waktu malam..pastu tak berapa familiar lagi dengan camera baru ni..sangat la kabur gambarnyer..agaknyer ni bateri dia pun dah nak weak kot . Okla..setakat ni aja dulu..

Blouse........bunga-bunga

Akhirnya siap juga blouse ni...dah lama sangat terperam kat dalam kotak..beli masa sale kat kamdar hari tu...

Kali ni buat leher V jer..nak cepat..tak payah letak butang.


Bahagian tangan saya letak lace warna hijau..baju ni color peach..ada batang warna hijau sikit2..saja jer letak lace hijau..asyik color pink jer..ok..jumpa lagi


Selasa, 4 Januari 2011

1st Day Pra Sekolah & Nursery

Along bergaya dgn kasut baru dan rambut pacak..fisrt time rambut potong kat kedai..selama ni papa yang potong rambut..dia punya menjerit tak tahu nak cakap..nasib baik la mamak tu profesional..tak sampai 5 minit dah siap potong rambut siap buat pacak lagi.

Pya dengan Along tengok apa tu?...

Pya bergaya dgn beg roda papa beli...mengamuk nak beg roda..macam dia yang nak pergi sekolah. Along mengalah jer beli beg roda yang kecik. Besar beg pada tuan..tapi okey dia..hantar nursery tak menangis pun..selama ni mak tok yang jaga..Belajar rajin-rajin tau Along..jangan asyik main jer.