Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah..dah lama saya tak menulis blog since my preparation for my new house and my streamyx belum on lagi. Terpaksa curi masa kat ofis untuk buat catatan. Tahun depan kot baru masuk balik streamyx ni coz cabel telefon pun tak pasang lagi, orang telekom cakap cabel order kat overseas lambat sampai. Tak tahu ler itu ayat untuk menyedapkan hati pelanggan ker atau ayat penyelamat. Sempena bulan yang mulia ini, saya memohon sejuta kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang kita berkenalan di alam maya ni. Di harap kedatangan Ramadhan pada tahun ini menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Semoga kita saling ingat-mengingati diantara satu sama lain dalam menuju kebahagiaan di dunia dan diakhirat. Amin..