Isnin, 29 November 2010

More blouse...

Akhirnya siap juga blouse ni...konon-konon nak buat lain la sikit..tengok kat bahagian leher dan pinggang tu..lagi satu bahagian tangan.




Leher yang diberi nafas baru...hehe lain macam jer bunyi nyer. Saja try buat camni..terbesar la plak..nasib baik la pakai tudung.

Bahagian tangan ni pun lambat nak siap..mungkin ada teknik yang lebih senang tapi tak belajar lagi..tengok buku jer..tak berapa faham sangat. Belum letak butang lagi.




Bahagian pinggang yang saya letak elastic thread. Jadi bila pakai nampak ramping sikit..tak nampak gemuk sangat.


Sebenarnya kain ni lebih saya buat baju gaun anak saya hari tu..



Peasant blouse

Sebelum tu layan dulu Along ni..nanti dia marah plak asyik Pya jer masuk dalam blog. Gambar ni ambil masa semalam cuti, dia ajak pergi Taman Inai, Grik..elok sampai kat taman hujan turun..tak boleh nak main buaian...
Pya dengan baju peasant blouse yang mama jahit..baju ni dah lama siap..tapi tak sempat nak upload.

Seronok sangat bila pakai baju yang mama buat...


Posing dalam rumah..



Sabtu, 27 November 2010

Blouse lagi...

Projek terbaru..baru selesai menyiapkan blouse untuk sendiri..kain cotton ni boleh didapati kat http://fazzcotton2.blogspot.com. Sebenarnya ni kain balance baju adik saya..untung org kecik ni..kain lebih leh buat baju lagi.


Cam biasa mesti budak 2 orang ni nak jadi model walaupun tak boleh nak pakai baju mama..sibuk suruh mama tangkap gambar dekat baju mama...lepas ni nak jahit baju kurung 13 pasang..sebenarnya baju tema untuk adik kawin bulan 3 ni..bagi siap-siap takut lambat..maklumla..nak jahit baju sabtu ahad jer..hari biasa balik kerja mesti nak tidor awal...penat balik kerja terus masak..kemas sikit2 dah letih..apalagi membuta la..kena cari semangat cam crafter yg lain..boleh stay sampai pukul 2 pagi buat craft..

Khamis, 4 November 2010

Baju Spiderman Along

Sebelum tu cuci mata tengok bunga Lavender yang saya baru beli..tak tahu tahan berapa lama..takut anak main..Baunyer sangat wangi..pagi-pagi memberi semangat untuk pergi kerja.
Gaya seorang spiderman..baju ni ler..yang saya cakap hari tu. Masa pergi jalan2 kat pasar malam dia ternampak kain ni. Dia minta mama buat baju..mama cakap kain ni sesuai untuk buat cadar atau sarung bantal jer..tapi dia nak jugak buat baju.

Buat tengkuk V jer..x pandai lagi nak buat leher colar..seronok sangat dapat baju tido baru yang mama buat. Tak sabar2 nak pakai sampai x sempat nak pakai butang bawah..hehe

Saya tekap dari baju ni..malas nak buat pola baju..Nasib baik jadi gak..Oklah saya nak sambung jahit baju kurung..ada makcik cleaner kat ofis tempah baju raya haji..



Isnin, 1 November 2010

Blouse Pya

Hi..dah lama tak dapat update blog ni..Ini projek terbaru saya...percubaan buat blouse..mula-mula tu confuse masa nak potong tangan..nasib baik menjadi gak.

Pya denganbaju tido baru


Kain ni saya beli kat kamdar..Japanese cotton..nak buat dress untuk Pya..tunggu ya bila dah siap nanti saya upload gambarnye..Ok sampai disini kita..bertemu di lain waktu..



Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah..dah lama saya tak menulis blog since my preparation for my new house and my streamyx belum on lagi. Terpaksa curi masa kat ofis untuk buat catatan. Tahun depan kot baru masuk balik streamyx ni coz cabel telefon pun tak pasang lagi, orang telekom cakap cabel order kat overseas lambat sampai. Tak tahu ler itu ayat untuk menyedapkan hati pelanggan ker atau ayat penyelamat. Sempena bulan yang mulia ini, saya memohon sejuta kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang kita berkenalan di alam maya ni. Di harap kedatangan Ramadhan pada tahun ini menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Semoga kita saling ingat-mengingati diantara satu sama lain dalam menuju kebahagiaan di dunia dan diakhirat. Amin..

Ahad, 25 Julai 2010

GA TinyTini

TinyTini telah mengadakan GA untuk blogger sekelian. Sesiapa yang berminat leh la join coz hadiah dia sangatla menarik.Ni blog dia..tinicraf.blogspot.com. Sekarang ni x leh nak menjahit coz mesin jahit telah dihantar ke rumah baru tapi line streamyx x masuk lagi. Tiang telefon pun x pacak lagi..x tahu la bila nak boleh online kat rumah baru nanti. Buat masa sekarang saya belum pindah ke rumah baru lagi sehingga line streamyx dipasang. Eh, ayat pusing2 la plak..apa-apa jerla..diharap semua bersabar kemunculan saya nanti.

Jumaat, 2 Julai 2010

Air Itam Dam


Inila tempat kursus hari tu..Empangan Air Itam..kami tinggal kat hostel Perbadanan Bekalan Air Empangan Air Itam ni..Gambar sebelah ni kat puncak bukit..boleh nampak sampai laut sana.

Dari atas sini nampak jelas laut..sebenarnya tempat ni pagi-pagi dengan petang, ramai orang datang berbasikal dan joging kat kawasan ni..tapi bukit dia punya la tinggi..saya tengok cina dah tua-tua tu pun larat lagi berjoging..patutla depa sihat..kami yang muda ni pun semput nak naik bukit, 2-3 kali berhenti...sebenarnya cuak cugak coz banyak sangat anjing berkeliaran.




Along n baby Ya masa nak balik...boring la tu..sebelum balik sempat la kami singgah kat Komtar. Beramai-ramai membeli jeruk dengan buah pala.




























































































































































































































































































































































Rabu, 30 Jun 2010

My Botang Giveaway

Dah berapa hari tak update blog..balik dari kursus kat Air Itam Penang tak der mood nak berblog..penat sangat. Tempat yang kitaorang pergi nun diatas bukit, jenuh nak mendaki tangga. Plus sibuk dengan kemas barang nak pindah rumah baru. Nasib baik sempat berbloghoping kat My Botang..kalau tak melepas eden kain yang cantik-cantik tu..saper2 nak merasa designer fabric tapi terlepas sales hari tu leh ler sertai giveaway My Botang ni. http://mybotang.blogspot.com/. Seronok juga kan bila ada kawan dari Jepun nak share experience, dan buat sales tanpa postage...haha itu yang paling best...

Ahad, 20 Jun 2010

dress Baby Pya

Seharian hari ni saya buat dress untuk Baby Pya. Sebenarnya pagi tadi saya tengah buat pola untuk baju kururng moden untuk adik saya. Tiba-tiba Baby Pya datang cakap "mama buat la baju baby"..terus gunting pola baju untuk dia. Saya tekap jer baju yang sedia ada..tengah-tengah saya leka dok buat pola dia main gunting...siap gunting rambut dia.Nasib baikla Along nampak.. kalau tak botak la rambut adik dia..dahla lusa nak ikut mama pergi kursus..tak tahu lagi boleh bawa ker tak.. tengok ada bilik kosong tak esok baru confirm..
Ini baju yang asal.
Inila hasilnya..kena improve lagi kat leher..mesti fail kat leher ni..sebenarnya saya buat leher empat segi macam baju asal..bila letak piping jadi macam bulat pulak...senget plak tu..nak kena buka balik la ni..betulkan bahagian bawah tu.

Bahagian belakang. Saya letak zip 8'..sebenarnya kain ni lebih saya potong buat blaus. Tapi tak sempat nak jahit lagi..banyak sangat kain yang dah dipotng belum sempat dijahit. ingat nak buat hari ni...tapi buat baju lain plak.


Model yang sentiasa sabar menunggu mamanyer jahit..baju lambat siap bukan apa..dah letak zip tadi baru perasan kain dia terbalik. Kena buka lain la plak..pukul lapan tadi baru siap..sebenarnya dia dah nak tido bila suruh try baju laju dia.





Sabtu, 19 Jun 2010

ikan

Semalam papa pergi memancing dan inilah hasilnya...janji nak balik pukul 7 tapi pukul 2 baru sampai rumah..huhu..janji nak basuh rumah sama-sama at last saya basuh dengan k.cik jer..huhu..penat basuh rumah tak hilang lagi..so malam ni tak menjahit la..Ikan tengalan, ikan lampam dan ikan kenyeng pun ada...
Layan jer la gambar ikan hari ni...ini ikan baung siap timbang lagi nak tengok berapa kilo. Ikan ni kalau hidup masa jual mahal tau..dekat Rm 30 jugakla sekor ikan besar ni. sekarang ni apa yang cina suka makan semua mahal..

Ikan baung ni papa request masak stim...hmm dah la balik lambat nak kena siang ikan lagi tambah memasak..dah tengah hari rasa malas jer nak masak..tapi hubby punya pasal...rela dalam paksa jerla..


Jumaat, 18 Jun 2010

kursus jahitan baju kurung

Hai lama tak update blog..ada kursus 3 hari kat kolej. kursus asas jahitan baju kurung. selama ni belajar tak formal, kali ni belajar formal siap dapat sijil lagi..lepas ni bolehlah mengajar part time...hehe..perasannyer baru belajar asas dah berangan nak mengajar orang..ajar anak menjahit jer la nanti.


Baju kurung yang belum disembat lagi.


Bahagian leher..susah betul la nak jahit lengkok ni..perlukan praktis lagi...



Ini pulak saya baru lepas potong..baju kurung moden. sebelah tu bahagian dalam ada lining.saya malas nak jahit 2 kali so saya cantum jer dan overlock esok. dah malam..esok ler sambung..kalau buat macam ni baju tak cantik sangat coz dia nampak kembung..tapi nak cepat punya pasal..next week ada kursus lagi kat penang..nak pakai baju baru..kalau sempat siapla..



ini pulak baju yang adik saya bagi..baju ni beli kat http://fazzcotton.blogspot.com/. oklah saya undur diri dulu..sangat mengantuk..malam ni papanyer pergi memancing lagi..takut nak tido lewat malam.

Ahad, 13 Jun 2010

pensil roll

Hmm..cuti 2 hari tapi tak sempat nak menjahit..hari sabtu saya dan keluarga pergi ke Tasik Gelugor kat Taman Menerong..sepupu kahwin...malam tu jugak balik coz hari ni ahad ada kenduri kat dengan rumah. Musim cuti sekolah ni..jenuh la makan kenduri. Pagi tadi sempat la jugak saya siapkan pensil roll untuk Baby Ya..tapi color pensil nyer dah hilang kemana..Kain tu saya order kat TinyTiniCollection...anak saya memang minat sangant dengan hello kitty and along tu suka kat Doraemon..dah lama cari fabrik ni..baru yang ni berkenan..Along punya mama tak sempat nak siapkan lagi..next week dah nak kena pergi kursus lagi...boring2..kursus jati diri..mmmm x menarik langsung programnyer..coz budget kena cut..



Pandangan dalam pensil roll.



Pandangan luar pensil roll.

Susah nak jahit pensil roll ni masa nak jahit kun tape tu..bila bahagian penjuru..tak berapa pandai sangat la.. Tapi oklah hasil jahitan sendiri..puashati kan bagi anak guna. Lepas ni tak la hilang color pensil tu..




Khamis, 10 Jun 2010

blaus..

Hai..dapat juga saya update blog malam ni...tadi baru siap masak steam ikan siakap..tadi beli kat pasar malam Bandariang..balik terus masak..hari ni hubby cakap x nak makan kat luar coz satu hari cirit birit..bahana pagi tadi saya x sempat masak sebelum pergi keje..dia beli nasi lemak kat kedai.maybe orang tu masak sambal x cukup masak..tu yang sakit perut..
Ini bahagian tangan baju blaus saya..semenjak tengok tutorial kat blog tini..seronok jahit benang getah ni..



Tengok la bahagian leher ni, saya jahit v jer..cepat siapnyer.

Yeay...ni la blaus saya..tapi bawah tu x jahit kelim lagi..ahaks. Lepas ni leh try kain yang elok sikit. Coz baju ni bila try pakai cam keras jer..x cutting.Or saya belum basuh lagi dan x rendam softlan tu yang nampak keras? Apa2 pun saya berjaya menghasilkan blaus tanpa membazir kain..nak cantum bahagian lengan tu mencabar betul..yer la benda tu kan lengkok pas tu x sama panjang dengan lubang baju..sib baik saya tengok tutorial kat sewmamasew.. menjadi la juga..kalau x berkedut kat bahagian lengan tu..


Sabtu, 5 Jun 2010

Tengokla kek coklat lembab ni...baru masak tadi.Adik saya telah mencacatkan kek yang dah sememangnyer cacat..huhu..ingat nak letak topping le bila dah sejuk..tapi telah pun dihabiskan oleh mereka panas2..selamat. Ingat nak bagi kat jiran ada nak buat majlis bertunang esok. Malam ni saya tak menjahit dok siapkan kek dan puding pelangi.
Inilah dia puding pelangi..sib baik benda ni kena makan bila keras..kalau x rasanyer x sempat kot nak bawa p majlis bertunang.

Beg saya yang telah disiapkan..tapi nampak macam lain macam jer..kena buka balik ni..bagi nampak cantik sikit..Oklah malam ni nak kena jaga along..dia demam.



Jumaat, 4 Jun 2010

baju blaus

Yey..inilah kain yang dah siap dipotong untuk dibuat blaus. Aduh terasa sakit pinggang la plak..mana taknya gunting kain atas lantai. lain kali nak kena cari meja untuk potong kain..lenguh rasanya..Ambil masa yang lama, coz guna tracing paper..first time.takut tersalah potong, sian kat tuk guru mengajar letih-letih. Tapi bahagian leher belum potong lagi..

Rasa esok potong buat leher v je kot..senang sikit..tapi petang la baru leh buat..sekarang musim orang kenduri...makan free. Budak-budak la seronok dapat gula2 zaman dulu bagi telur jer..

Ini plak nak buat make-up bag. Saja try tambah tali pemegang tu. Baru siap tadi..tunggu esok tau saya sambung..tak larat dah nak dok lama2 kat mesin jahit tu..rasa nak putus pinggang ni..lenguh. Mak saya cakap ni la bahana masa pantang kita makan x pantang, belum tua lagi dah sakit sana sini..hehe nak buat macamana sapa suruh makan depan orang dalam pantang..terliur la..larat ker nak makan ikan haruan n ikan masin bakar jer hari2...


Ini la saya punya barang make-up..kalau x letak dalam pouch beg tu...berterabur dalam handbag saya..so lepas ni senang la sikit nak bawa p surau masa rehat..Semenjak dah masuk usia 30 ni, rasa takut pulak dengan penuaan..sebelum ni x kisah pun..bila baca sikit2 info and then tahu muka kita dah x boleh proses sendiri kulit baru bila dah meningkat..jadi takut woo muka berkedut dan pigmentasi. Sekarang ni pun dah ada jeragat sikit..dulu saya ada try sabun anti jeragat tapi x berkesan. Sekarang saya cuba plak rania gold. tengok kesan dia camana..muka saya x boleh pakai yang ada bahan cemical kuat rasa macam terbakar kulit. tapi safi ni rasa sejuk jer muka, walaupun kita baru cuci muka x pakai pelembab lagi..eh melalut plak. Oklah saya nak masuk tido..malam ni hubby x der p memancing x tahu kat mana..call x angkat..geram pun ada. saya balik keje dia dah x der..mentang2 cuti sekolah 2 minggu..holiday ler tu.

Selasa, 1 Jun 2010

pola baju

Semalam saya belajar buat pola baju blaus dengan sorang akak yang baru saya kenal kat kolej ni. Akak ni tenaga pengajar sambilan fesyen. Saya ambil kesempatan nak buat pola blaus. Sebelum ni saya ada tengok buku, tapi susah nak faham bagi orang yang baru belajar macam saya ni..nak kena ada orang tunjuk teknik yang betul juga baru la senang.


Ini pola yang baru saya siapkan.


Sebenarnya nak buat pola ni bahagian ketiak dengan tangan tu yang saya confius sikit. Tapi semalam dah ada tok guru yang mengajar baru la faham. Tu pun bukan seratus peratus, nak kena belajar lagi..ni pola badan saya..kalau pola baju mak saya susah sikit sebab dia gemuk. Kalau orang gemuk ni ukuran dia lain sikit, nak kena ambil kira kat bahagian perut .

Kain ni saya minta kawan saya belikan kat kampung dia di Bagan Serai. Kain cotton semeter RM 2.50. Kena guna kain yang murah dulu nak jahit blaus ni, takut tersalah potong...kalau kain mahal tersalah potong mahu nangis..lepas ni bila dah menjadi boleh la order fabric designer kat dalam blog.Teringin jugak tengok orang pakai kain yang cantik-cantik. Oklah nanti saya sambung lagi..dah nak bersiap pergi kerja..


Isnin, 31 Mei 2010

beg make-up

Sorry, dah lama saya tak update blog. Sibuk dengan exam dan macam-macam kerja kat ofis..Kerja apa yang tak ada masalahkan..so hadapinya dengan tenang dan jadikannya sebagai cabaran dalam mencari impian.Baru-baru ni ada dengar ceramah motivasi...dia cakap jangan cepat marah kerana cepat marah akan menampakkan kebodohan diri kita..so saya kena banyak bersabar menghadapi karenah client saya di pejabat..

Ini kain lebih saya buat sarung netbook hari tu..saya nak buat beg make-up. Kain ni mula-mula saya potong saiz 10" x 10". Lepas tu saya jahit piping kat atas tu kemudian saya letak zip. Lepas tu saya iron interfacing yang keras tu. Susah jugak coz fisrt time cuba nak buat benda ni menggunakan interfacing yang keras tu. Bila saya jahit kemudian nak terbalikkan keras betul. maybe dia ada teknik yang lain kot. Saya kena belajar lagi. Bila dah siap rasa dalam sangat dan sangat la tak sesuai. Jadi saya bukak balik dan potong ketinggian dia tu, jadi 6". Baru la cantik. Ini lah hasilnya....

Pandangan depan kot...
Pandangan tepi, nampak keras dan terletak kan..sebab guna interfacing yang keras tu la..jadi macam gini..tapi saya tak boleh guna pun sebab adik saya dah minta..bagi kat dia dululah. Lain kali saya jahit yang saya punya plak..yang ini kira macam testing la. Menjadi jugak walaupun menjahit dalam keadaan yang kelam kabut..because adik saya dah nak balik kl masa tu.