Isnin, 31 Mei 2010

beg make-up

Sorry, dah lama saya tak update blog. Sibuk dengan exam dan macam-macam kerja kat ofis..Kerja apa yang tak ada masalahkan..so hadapinya dengan tenang dan jadikannya sebagai cabaran dalam mencari impian.Baru-baru ni ada dengar ceramah motivasi...dia cakap jangan cepat marah kerana cepat marah akan menampakkan kebodohan diri kita..so saya kena banyak bersabar menghadapi karenah client saya di pejabat..

Ini kain lebih saya buat sarung netbook hari tu..saya nak buat beg make-up. Kain ni mula-mula saya potong saiz 10" x 10". Lepas tu saya jahit piping kat atas tu kemudian saya letak zip. Lepas tu saya iron interfacing yang keras tu. Susah jugak coz fisrt time cuba nak buat benda ni menggunakan interfacing yang keras tu. Bila saya jahit kemudian nak terbalikkan keras betul. maybe dia ada teknik yang lain kot. Saya kena belajar lagi. Bila dah siap rasa dalam sangat dan sangat la tak sesuai. Jadi saya bukak balik dan potong ketinggian dia tu, jadi 6". Baru la cantik. Ini lah hasilnya....

Pandangan depan kot...
Pandangan tepi, nampak keras dan terletak kan..sebab guna interfacing yang keras tu la..jadi macam gini..tapi saya tak boleh guna pun sebab adik saya dah minta..bagi kat dia dululah. Lain kali saya jahit yang saya punya plak..yang ini kira macam testing la. Menjadi jugak walaupun menjahit dalam keadaan yang kelam kabut..because adik saya dah nak balik kl masa tu.















2 ulasan:

  1. norem, cantik ler beg tuh, kalau letak tali pemegang lg senang nak bawa kemana2 kekeke..

    BalasPadam
  2. itula, adik saya pun cakap mcm tu, cuma saya yang x pandai lagi nak letak tali kat mana yang sesuai

    BalasPadam