Isnin, 31 Mei 2010

beg make-up

Sorry, dah lama saya tak update blog. Sibuk dengan exam dan macam-macam kerja kat ofis..Kerja apa yang tak ada masalahkan..so hadapinya dengan tenang dan jadikannya sebagai cabaran dalam mencari impian.Baru-baru ni ada dengar ceramah motivasi...dia cakap jangan cepat marah kerana cepat marah akan menampakkan kebodohan diri kita..so saya kena banyak bersabar menghadapi karenah client saya di pejabat..

Ini kain lebih saya buat sarung netbook hari tu..saya nak buat beg make-up. Kain ni mula-mula saya potong saiz 10" x 10". Lepas tu saya jahit piping kat atas tu kemudian saya letak zip. Lepas tu saya iron interfacing yang keras tu. Susah jugak coz fisrt time cuba nak buat benda ni menggunakan interfacing yang keras tu. Bila saya jahit kemudian nak terbalikkan keras betul. maybe dia ada teknik yang lain kot. Saya kena belajar lagi. Bila dah siap rasa dalam sangat dan sangat la tak sesuai. Jadi saya bukak balik dan potong ketinggian dia tu, jadi 6". Baru la cantik. Ini lah hasilnya....

Pandangan depan kot...
Pandangan tepi, nampak keras dan terletak kan..sebab guna interfacing yang keras tu la..jadi macam gini..tapi saya tak boleh guna pun sebab adik saya dah minta..bagi kat dia dululah. Lain kali saya jahit yang saya punya plak..yang ini kira macam testing la. Menjadi jugak walaupun menjahit dalam keadaan yang kelam kabut..because adik saya dah nak balik kl masa tu.















Khamis, 6 Mei 2010

bayview, batu feringgi

Saya baru sampai ke rumah petang tadi. Balik dari kursus e-perolehan kat Batu feringgi. Jadual punya la pack sampai nak jalan2 kat penang tu pun tak sempat.Sedih betul, dah la lama tak datang Penang, tak sempat jalan2 plak. Sedihnyer....bayview tu betul2 tepi laut, tapi nak pijak kaki ker pantai pun x sempat. Sempat cuci mata kat tepi swimming pool tengok mat saleh dgn minah saleh bercengkerama....tu pun waktu nak makan coz tempat makan mengadap ker swimming pool. Nak bergambor tepi laut pun x boleh, sebenarnya boleh kalau nak curi masa tu, tapi dah jumpa kengkawan dari kolej lain mula la banyak cerita. Macam2 la luahan perasaan kengkawan yang x puashati dengan bos la, kerja yang x habis2 nak guna sistem baru, x sempat belajar sistem espkb dah datang plak sistem e-perolehan..lepas ni x tahu la sistem apa plak diaorang nak pakai. Terima jer la, dah nama pun kerja kan..Lepas ni leh ler sambung balik kerja saya yang tak siap tu..kain pasang mak tak potong lagi. Sibuk jer dia tanya bila nak siap, kawan nak p makan kenduri dengan baju baru.. Sori la mak, nak buat camner..next week nak kena p periksa la pulak..tak baca buku lagi. Cuba jugak siapkan sebelum Mother's Day..harap2 sempatla..Oklah dah mengantuk ni, letih travel tadi, nasib baik la dekat jambatan Pulau Pinang tadi tu x jam, kalau x masak la kitaorang dalam keta...

Ahad, 2 Mei 2010

cover netbook

Kain ni harganyer RM 15 semeter, tapi saya beli setengah meter jer. English cotton tau, tapi ada jual kat pasar malam Gerik...Penjual tu macam x percaya jer bila saya minta setengah meter. Malas nak beli banyak2, ni pun guna sikit jer ada lebih banyak lagi. Tak tahu nak buat apa lepas ni, maybe buat beg make-up kot. Tunggula kemunculannya nanti yer...



Cover netbook yang dah siap dijahit. Mencabar jugak coz fisrt time cuba. Tapi dapat siapkan dalam masa 2 jam jer. saya follow tutorial ni dalam sewmamasew tapi x ikut sepenuhnyer. Sebab saya x pandai nak buat yang terbalik tu. Lagipun saya guna span so saya edging jer and cantum. Tu yang cepat tu.

Ni cover dalam dia, guna kain lebih baju kurung..haha nak jimat punya pasal. Dalam tutorial tu dia letak vecro tape, saya dah beli tapi takut nak jahit. Coz mesin saya yang jenis lama punyer. takut x jadi. Maybe lepas ni kena tambah butang bagi dia ketat sikit.


Ada nampak perubahan tak dalam gambo saya? Saya dah belajar buat watermark skit. Tu yang lambat update blog, dok buat ke benda ni la... take time skit.. tapi bila dah faham senang jer rupanyer.

Saya letak renda kat atas penutup dia tu..nak bagi cantik skit. Kalau tak nampak cam bogel jer kan...nak letak piping x pandai lagi. Kat hujung dia tu pun x nampak bucu sangat. Susah gak nak bagi dia nampak kemas ni. Apa-apa pun saya puas hati diatas percubaan yang pertama. Pulun buat cover ni bukan apa.. esok nak kena p kursus e-perolehan kat batu feringgi..3 hari oo nak tinggal anak-anak. Bukan apa, lama dah mama x p kursus lama-lama ni. Selalu balik hari jer..
X pun bawa depa sekali....