Sabtu, 19 Mac 2011

Roti Naan



 Hari ni tak menjahit..layan budak-budak belajar, mengemas rumah,melipat kain yang tak berlipat dekat 3 raga setelah berhari-hari di Teluk Senangin. Pagi tadi breakfast nasi goreng kampung...kenyang. Tengahari tak masak..dekat pukul 2 lebih rasa lapar balik...tapi dah tak nak makan nasi..budak-budak ni suka makan roti. So..cari resepi kat myresepi..jumpa la roti naan ni..kat rumah tak der cheese..selalu pergi makan kat kedai mamak roti cheese naan. Buat naan biasa jerla cicah dengan kari udang.
 Roti naan setelah dibakar dalam non stick pan..malas nak bakar kat oven..

Setelah siap dibakar, disapu dengan mentega dekat atasnyer..harum baunyer..makan panas-panas..yummy..

Jumaat, 18 Mac 2011

Diaper bag


 Bulan March dah masuk tengah bulan, tapi satu entry pun tak der..bukan sebab sibuk sangat tapi tak tahulah kenapa saya malas nak update blog. Semalam saya sempat juga la memotong kain ni untuk dibuat beg. Ini pun sebab beg anak saya nak pergi nursery dah koyak..terpaksa jugak jahit..sebelum ni dia dok pakai beg roda..pastu tak nak bawa ke nursery sebab ada budak suka main tarik-tarik beg roda dia. Dia cakap mama buat la beg baby..ish..mama ni tak pernah jahit beg..takut kang jadi lain plak. Bila dah siap ok la pulak..taklah susah sangat jahit beg ni sebenarnya..lagi pun saya guna kain heavyweight untuk kat luar dan cotton lembut untuk yang dalam. nak cepat malas nak letak interfacing ker apa ker..sendiri pakai takper..bukan nak jual pun.
 Bahagian dalamnyer dijahit getah dan dijahit tengah. Senang nak letak bedak, minyak rambut, sikat dan mainan sikit..budak ni dah tak pakai pampers dari umur 2 thn lagi..mulut becok bukan main..ajar jer la dia nak kencing dan berak..nasib baik ok dok kat nursery..tak der la plak kes bocor ker..lagipun umur dah 3 tahun.
Pandangan depan beg.


Suka sangat la dia dapat beg Hello Kitty ni..elok siap jahit, cepat-cepat nak try. Dia cakap nak cerita kat Cikgu Siti tak nak bagi budak yang suka tarik beg roda dia tu main. Suruh cikgu simpan beg dia dalam bilik. Apa-apa jerla Pya, asalkan tak menangis kat nursery, mama nak pergi kerja.