Jumaat, 18 Mac 2011

Diaper bag


 Bulan March dah masuk tengah bulan, tapi satu entry pun tak der..bukan sebab sibuk sangat tapi tak tahulah kenapa saya malas nak update blog. Semalam saya sempat juga la memotong kain ni untuk dibuat beg. Ini pun sebab beg anak saya nak pergi nursery dah koyak..terpaksa jugak jahit..sebelum ni dia dok pakai beg roda..pastu tak nak bawa ke nursery sebab ada budak suka main tarik-tarik beg roda dia. Dia cakap mama buat la beg baby..ish..mama ni tak pernah jahit beg..takut kang jadi lain plak. Bila dah siap ok la pulak..taklah susah sangat jahit beg ni sebenarnya..lagi pun saya guna kain heavyweight untuk kat luar dan cotton lembut untuk yang dalam. nak cepat malas nak letak interfacing ker apa ker..sendiri pakai takper..bukan nak jual pun.
 Bahagian dalamnyer dijahit getah dan dijahit tengah. Senang nak letak bedak, minyak rambut, sikat dan mainan sikit..budak ni dah tak pakai pampers dari umur 2 thn lagi..mulut becok bukan main..ajar jer la dia nak kencing dan berak..nasib baik ok dok kat nursery..tak der la plak kes bocor ker..lagipun umur dah 3 tahun.
Pandangan depan beg.


Suka sangat la dia dapat beg Hello Kitty ni..elok siap jahit, cepat-cepat nak try. Dia cakap nak cerita kat Cikgu Siti tak nak bagi budak yang suka tarik beg roda dia tu main. Suruh cikgu simpan beg dia dalam bilik. Apa-apa jerla Pya, asalkan tak menangis kat nursery, mama nak pergi kerja.

4 ulasan:

  1. Tahniah,siapkan beg hello kitty...orang putih kata better late than never kan...Actually nak update blog memang payah..kalau dah lama tak update payah nak mula balik..Cantik beg tu ..model pun comel,sikit lagi tak cecah lantai beg tu..

    BalasPadam
  2. 1st time buat beg cam seronok la plak..asyik jahit baju jer..K.Ros bukan malas apa..bila buka my netbook ni ada yg mengacau nak tgk ultraman la, mr bean la..kena beli satu lagi bagi kat depa.

    BalasPadam
  3. wah... cantik la beg tu. klu jual pn mesti ada yg nk bli.Cute. Pandai la wati jahit.

    BalasPadam
  4. ustazah, ni first time cuba..rasanyer ustazah boleh buat kot..tgk tutorial kat blog sebelah ni. diy bag lover..mcm2 ada

    BalasPadam