Hari ni nak masukkan tutorial membuat kain kurung. Saya tahu mesti ramai dah tahu nak membuat kain kurung cara mudah ni. Sebenarnya ia lebih kepada jurnal. Senang esok bila anak dara dah besar, dia tengok jer mama dia punya jurnal..walaupun masa tu dia tinggal jauh dari mama.

Cara mengambil ukuran kain.
a-b= ukuran punggung(tambah 4 jari supaya tidak ketat)+ 21" (susun kain)+2" basi.
a-c=ukuran pinggang ke buku lali (labuh kain)
Contoh: a-b= 36+21+2=59/2=29.5 (kain dilipat dua)
a-c=40+2=42(untuk getah pinggang dan lipat bawah kain)

Cantum kain dan kemaskan dibahagian bawah. Kemudian kain hendaklah digosok kemas.

Untuk membuat lipatan. Tandakan kain a ke b 21" dimana tandakan setiap 7". Ada 3 lipatan campur yang bawah..semua ada 4 susun kain. Kain hendaklah digosok setiap lipatan supaya kelihatan kemas.

Jahit zip 8" dibahagian tepi kain. Tinggalkan basi untuk meletak getah pinggang berukuran 1". (getah 1" + 1" untuk lipatan).

Hujung getah pinggang dibuat sarung untuk bahagian letak kancing. Sebelah sahaja, sebelah lagi tak perlu.

Potong kain dibahagian susun tadi supaya apabila kita menjahit getah, ia tidak terlalu tebal. (dalam anak panah).

Hujung kain dijahit mati (dalam bulatan) setelah dipotong bahagian bawahnyer tadi bersama getah pinggang dibawahnya yang tidak bersarung.

Hujung kain yang telah dibuat sarung tadi. Jahit mati dihujungnyer (dalam bulatan). Ini untuk memudahkan supaya kain tidak lari semasa menjahit getah nanti.

Kemaskan kain dibawah getah. Berhati-hati supaya tidak terjahit getah, nanti susah nak tarik getah, sebab getah lebih pendek dari panjang kain. Faham ker? Faham kot, saya guna bahasa mudah ni.

Jahit dibahagian tengah getah supaya getah tidak bergulung apabila digunakan. Semasa menjahit, tangan kiri tarik getah ke depan, tangan kanan tarik getah ke belakang. Kira bagi getah tegang la. Mula-mula memang susah sikit, mana nak tengok kain,mana nak tarik getah. Sampai patah jarum 2-3 batang masa mula2 belajar dulu. Bila dah buat selalu, ok jer..tak der masalah.

Bahagian atas kain. Ini cara yang senang untuk permulaan.

Pandangan penuh kain yang telah disiapkan.
Lepas ini saya akan masukkan tutorial untuk membuat baju kurung moden zip belakang. Dah ada kain mesti ada baju kan..ok sampai disini dulu..anak2 balik rumah mak..so boleh la tido lewat sikit malam ni.