Saya telah membuka blog khas untuk jual readymade baju kurung dan kain pasang..Kalau ada masa leh la kesini yer..http://fareezcollections.blogspot.com. Contoh baju kurung ada kat bawah ni..
Kisah hidupku seorang ibu, wanita bekerjaya dan menghabiskan masa lapang dengan menjahit
Sabtu, 15 Oktober 2011
Khamis, 22 September 2011
Muncul kembali...
Salam semua..dah lama saya tak berblog ni..ini disebabkan masalah streamyx saya yang tak selesai. Hari tu ada orang TM call dia cakap dah nak pasang kat rumah, so saya sangat excited lalu stop saya punya broadband. Alih-alih orang TM cakap ada masalah apa pun saya x pasti..sampai sekarang belum dapat pasang lagi kat rumah. Ini saya curi masa kat ofis. Bulan-bulan yang lepas agak busy disebabkan saya menanggung kerja kawan saya cuti bersalin..so x dapatla nak update hasil kerja kerastangan saya. Tak der apa pun saya buat..cuma jahit baju kurung dan beg untuk anak-anak jer. Yang terbaru sekarang ni la..tolong adik jual kain cotton dari Vietnam. Ada balance 3 pasang lagi. Saper nak order leh contact saya. Ni gambonyer.
Boleh tengok kat fb saya jugak. Oklah..nanti saya sambung lagi..
Sabtu, 19 Mac 2011
Roti Naan
Roti naan setelah dibakar dalam non stick pan..malas nak bakar kat oven..
Jumaat, 18 Mac 2011
Diaper bag
Bahagian dalamnyer dijahit getah dan dijahit tengah. Senang nak letak bedak, minyak rambut, sikat dan mainan sikit..budak ni dah tak pakai pampers dari umur 2 thn lagi..mulut becok bukan main..ajar jer la dia nak kencing dan berak..nasib baik ok dok kat nursery..tak der la plak kes bocor ker..lagipun umur dah 3 tahun.
Pandangan depan beg.
Suka sangat la dia dapat beg Hello Kitty ni..elok siap jahit, cepat-cepat nak try. Dia cakap nak cerita kat Cikgu Siti tak nak bagi budak yang suka tarik beg roda dia tu main. Suruh cikgu simpan beg dia dalam bilik. Apa-apa jerla Pya, asalkan tak menangis kat nursery, mama nak pergi kerja.
Selasa, 15 Februari 2011
Jom Jahit Apron
Kena belajar dgn Tini lagi la, dia jahit felt kemas jer. Ini udah macam kena gempa bumi, senget benget..
Bila dah siap tanya Along..
Mama: Along, cantik tak apron mama?
Along: Cantik tapi takder poket.
Mama: Kenapa kena ada poket?
Along: Nanti nak bubuh duit, macam ayah buat masa jual ayam tu.
Mama:ooo
Dulu Along pernah ikut ayah pergi berniaga kat pasar malam..masa tu dia kecik lagi..baru 2/3 tahun kot..Dia ingat lagi..sekarang ayah dah tak meniaga..ayam mahal..untung sikit jer. Dok buat rumah orang plak. Ayah tu panggilan untuk Tuk Ayah dia..dari kecik mak jaga..sampai sekarang pun dok panggil ayah dgn mak kat tukwan dgn nenek. Ok Tini..saya punya dah siap..excited sebab memang kat rumah tak de apron..nak basuh pinggan habis basah baju.
Ahad, 13 Februari 2011
Anak-anakku
Sabtu, 29 Januari 2011
Tutorial membuat kain susun johor (kain baju kurung)
Hari ni nak masukkan tutorial membuat kain kurung. Saya tahu mesti ramai dah tahu nak membuat kain kurung cara mudah ni. Sebenarnya ia lebih kepada jurnal. Senang esok bila anak dara dah besar, dia tengok jer mama dia punya jurnal..walaupun masa tu dia tinggal jauh dari mama.
Cara mengambil ukuran kain.
a-b= ukuran punggung(tambah 4 jari supaya tidak ketat)+ 21" (susun kain)+2" basi.
a-c=ukuran pinggang ke buku lali (labuh kain)
Contoh: a-b= 36+21+2=59/2=29.5 (kain dilipat dua)
a-c=40+2=42(untuk getah pinggang dan lipat bawah kain)
Cantum kain dan kemaskan dibahagian bawah. Kemudian kain hendaklah digosok kemas.
Untuk membuat lipatan. Tandakan kain a ke b 21" dimana tandakan setiap 7". Ada 3 lipatan campur yang bawah..semua ada 4 susun kain. Kain hendaklah digosok setiap lipatan supaya kelihatan kemas.
Jahit zip 8" dibahagian tepi kain. Tinggalkan basi untuk meletak getah pinggang berukuran 1". (getah 1" + 1" untuk lipatan).
Hujung getah pinggang dibuat sarung untuk bahagian letak kancing. Sebelah sahaja, sebelah lagi tak perlu.
Potong kain dibahagian susun tadi supaya apabila kita menjahit getah, ia tidak terlalu tebal. (dalam anak panah).
Hujung kain dijahit mati (dalam bulatan) setelah dipotong bahagian bawahnyer tadi bersama getah pinggang dibawahnya yang tidak bersarung.
Hujung kain yang telah dibuat sarung tadi. Jahit mati dihujungnyer (dalam bulatan). Ini untuk memudahkan supaya kain tidak lari semasa menjahit getah nanti.
Kemaskan kain dibawah getah. Berhati-hati supaya tidak terjahit getah, nanti susah nak tarik getah, sebab getah lebih pendek dari panjang kain. Faham ker? Faham kot, saya guna bahasa mudah ni.
Jahit dibahagian tengah getah supaya getah tidak bergulung apabila digunakan. Semasa menjahit, tangan kiri tarik getah ke depan, tangan kanan tarik getah ke belakang. Kira bagi getah tegang la. Mula-mula memang susah sikit, mana nak tengok kain,mana nak tarik getah. Sampai patah jarum 2-3 batang masa mula2 belajar dulu. Bila dah buat selalu, ok jer..tak der masalah.
a-b= ukuran punggung(tambah 4 jari supaya tidak ketat)+ 21" (susun kain)+2" basi.
a-c=ukuran pinggang ke buku lali (labuh kain)
Contoh: a-b= 36+21+2=59/2=29.5 (kain dilipat dua)
a-c=40+2=42(untuk getah pinggang dan lipat bawah kain)
Khamis, 27 Januari 2011
Santai..di Teluk Senangin






So, sesiapa yang ingin buat family gathering ker, nak lari dari kesibukan kota ker, apa-apa jer lah, silalah buat tempahan. Berdekatan dengan pantai, sesuai untuk aktiviti memancing. Teluk Senangin sekarang dah membangun, majlis perbandaran Manjung tengah buat renovation nak bagi cantik macam kat Teluk Batik. Banyak tempat bersantai disediakan dengan tempat orang menjual. So tunggu apa lagi silalah buat tempahan kat hubby saya di no. 012-5731615 En. Fahizal.
Ahad, 16 Januari 2011
Mood menjahit x dtg..layan donut dulu..
Rabu, 5 Januari 2011
My 1st Quilt
Tangkap gambar waktu malam..pastu tak berapa familiar lagi dengan camera baru ni..sangat la kabur gambarnyer..agaknyer ni bateri dia pun dah nak weak kot . Okla..setakat ni aja dulu..
Blouse........bunga-bunga
Selasa, 4 Januari 2011
1st Day Pra Sekolah & Nursery
Along bergaya dgn kasut baru dan rambut pacak..fisrt time rambut potong kat kedai..selama ni papa yang potong rambut..dia punya menjerit tak tahu nak cakap..nasib baik la mamak tu profesional..tak sampai 5 minit dah siap potong rambut siap buat pacak lagi.
Pya dengan Along tengok apa tu?...
Langgan:
Catatan (Atom)