Dah berapa hari tak update blog..balik dari kursus kat Air Itam Penang tak der mood nak berblog..penat sangat. Tempat yang kitaorang pergi nun diatas bukit, jenuh nak mendaki tangga. Plus sibuk dengan kemas barang nak pindah rumah baru. Nasib baik sempat berbloghoping kat My Botang..kalau tak melepas eden kain yang cantik-cantik tu..saper2 nak merasa designer fabric tapi terlepas sales hari tu leh ler sertai giveaway My Botang ni. http://mybotang.blogspot.com/. Seronok juga kan bila ada kawan dari Jepun nak share experience, dan buat sales tanpa postage...haha itu yang paling best...
Kisah hidupku seorang ibu, wanita bekerjaya dan menghabiskan masa lapang dengan menjahit
Rabu, 30 Jun 2010
Ahad, 20 Jun 2010
dress Baby Pya
Seharian hari ni saya buat dress untuk Baby Pya. Sebenarnya pagi tadi saya tengah buat pola untuk baju kururng moden untuk adik saya. Tiba-tiba Baby Pya datang cakap "mama buat la baju baby"..terus gunting pola baju untuk dia. Saya tekap jer baju yang sedia ada..tengah-tengah saya leka dok buat pola dia main gunting...siap gunting rambut dia.Nasib baikla Along nampak.. kalau tak botak la rambut adik dia..dahla lusa nak ikut mama pergi kursus..tak tahu lagi boleh bawa ker tak.. tengok ada bilik kosong tak esok baru confirm..
Inila hasilnya..kena improve lagi kat leher..mesti fail kat leher ni..sebenarnya saya buat leher empat segi macam baju asal..bila letak piping jadi macam bulat pulak...senget plak tu..nak kena buka balik la ni..betulkan bahagian bawah tu.

Ini baju yang asal.

Sabtu, 19 Jun 2010
ikan

Jumaat, 18 Jun 2010
kursus jahitan baju kurung
Hai lama tak update blog..ada kursus 3 hari kat kolej. kursus asas jahitan baju kurung. selama ni belajar tak formal, kali ni belajar formal siap dapat sijil lagi..lepas ni bolehlah mengajar part time...hehe..perasannyer baru belajar asas dah berangan nak mengajar orang..ajar anak menjahit jer la nanti.

Baju kurung yang belum disembat lagi.

Bahagian leher..susah betul la nak jahit lengkok ni..perlukan praktis lagi...

Ini pulak saya baru lepas potong..baju kurung moden. sebelah tu bahagian dalam ada lining.saya malas nak jahit 2 kali so saya cantum jer dan overlock esok. dah malam..esok ler sambung..kalau buat macam ni baju tak cantik sangat coz dia nampak kembung..tapi nak cepat punya pasal..next week ada kursus lagi kat penang..nak pakai baju baru..kalau sempat siapla..

ini pulak baju yang adik saya bagi..baju ni beli kat http://fazzcotton.blogspot.com/. oklah saya undur diri dulu..sangat mengantuk..malam ni papanyer pergi memancing lagi..takut nak tido lewat malam.

Baju kurung yang belum disembat lagi.

Bahagian leher..susah betul la nak jahit lengkok ni..perlukan praktis lagi...

Ini pulak saya baru lepas potong..baju kurung moden. sebelah tu bahagian dalam ada lining.saya malas nak jahit 2 kali so saya cantum jer dan overlock esok. dah malam..esok ler sambung..kalau buat macam ni baju tak cantik sangat coz dia nampak kembung..tapi nak cepat punya pasal..next week ada kursus lagi kat penang..nak pakai baju baru..kalau sempat siapla..

ini pulak baju yang adik saya bagi..baju ni beli kat http://fazzcotton.blogspot.com/. oklah saya undur diri dulu..sangat mengantuk..malam ni papanyer pergi memancing lagi..takut nak tido lewat malam.
Ahad, 13 Jun 2010
pensil roll
Hmm..cuti 2 hari tapi tak sempat nak menjahit..hari sabtu saya dan keluarga pergi ke Tasik Gelugor kat Taman Menerong..sepupu kahwin...malam tu jugak balik coz hari ni ahad ada kenduri kat dengan rumah. Musim cuti sekolah ni..jenuh la makan kenduri. Pagi tadi sempat la jugak saya siapkan pensil roll untuk Baby Ya..tapi color pensil nyer dah hilang kemana..Kain tu saya order kat TinyTiniCollection...anak saya memang minat sangant dengan hello kitty and along tu suka kat Doraemon..dah lama cari fabrik ni..baru yang ni berkenan..Along punya mama tak sempat nak siapkan lagi..next week dah nak kena pergi kursus lagi...boring2..kursus jati diri..mmmm x menarik langsung programnyer..coz budget kena cut..

Pandangan dalam pensil roll.
Pandangan luar pensil roll.
Susah nak jahit pensil roll ni masa nak jahit kun tape tu..bila bahagian penjuru..tak berapa pandai sangat la.. Tapi oklah hasil jahitan sendiri..puashati kan bagi anak guna. Lepas ni tak la hilang color pensil tu..

Pandangan dalam pensil roll.


Khamis, 10 Jun 2010
blaus..
Hai..dapat juga saya update blog malam ni...tadi baru siap masak steam ikan siakap..tadi beli kat pasar malam Bandariang..balik terus masak..hari ni hubby cakap x nak makan kat luar coz satu hari cirit birit..bahana pagi tadi saya x sempat masak sebelum pergi keje..dia beli nasi lemak kat kedai.maybe orang tu masak sambal x cukup masak..tu yang sakit perut..
Ini bahagian tangan baju blaus saya..semenjak tengok tutorial kat blog tini..seronok jahit benang getah ni..

Tengok la bahagian leher ni, saya jahit v jer..cepat siapnyer.
Yeay...ni la blaus saya..tapi bawah tu x jahit kelim lagi..ahaks. Lepas ni leh try kain yang elok sikit. Coz baju ni bila try pakai cam keras jer..x cutting.Or saya belum basuh lagi dan x rendam softlan tu yang nampak keras? Apa2 pun saya berjaya menghasilkan blaus tanpa membazir kain..nak cantum bahagian lengan tu mencabar betul..yer la benda tu kan lengkok pas tu x sama panjang dengan lubang baju..sib baik saya tengok tutorial kat sewmamasew.. menjadi la juga..kalau x berkedut kat bahagian lengan tu..
Ini bahagian tangan baju blaus saya..semenjak tengok tutorial kat blog tini..seronok jahit benang getah ni..



Sabtu, 5 Jun 2010
Tengokla kek coklat lembab ni...baru masak tadi.Adik saya telah mencacatkan kek yang dah sememangnyer cacat..huhu..ingat nak letak topping le bila dah sejuk..tapi telah pun dihabiskan oleh mereka panas2..selamat. Ingat nak bagi kat jiran ada nak buat majlis bertunang esok. Malam ni saya tak menjahit dok siapkan kek dan puding pelangi.

Jumaat, 4 Jun 2010
baju blaus
Yey..inilah kain yang dah siap dipotong untuk dibuat blaus. Aduh terasa sakit pinggang la plak..mana taknya gunting kain atas lantai. lain kali nak kena cari meja untuk potong kain..lenguh rasanya..Ambil masa yang lama, coz guna tracing paper..first time.takut tersalah potong, sian kat tuk guru mengajar letih-letih.
Tapi bahagian leher belum potong lagi..
Rasa esok potong buat leher v je kot..senang sikit..tapi petang la baru leh buat..sekarang musim orang kenduri...makan free. Budak-budak la seronok dapat gula2 zaman dulu bagi telur jer..
Ini plak nak buat make-up bag. Saja try tambah tali pemegang tu. Baru siap tadi..tunggu esok tau saya sambung..tak larat dah nak dok lama2 kat mesin jahit tu..rasa nak putus pinggang ni..lenguh. Mak saya cakap ni la bahana masa pantang kita makan x pantang, belum tua lagi dah sakit sana sini..hehe nak buat macamana sapa suruh makan depan orang dalam pantang..terliur la..larat ker nak makan ikan haruan n ikan masin bakar jer hari2...
Ini la saya punya barang make-up..kalau x letak dalam pouch beg tu...berterabur dalam handbag saya..so lepas ni senang la sikit nak bawa p surau masa rehat..Semenjak dah masuk usia 30 ni, rasa takut pulak dengan penuaan..sebelum ni x kisah pun..bila baca sikit2 info and then tahu muka kita dah x boleh proses sendiri kulit baru bila dah meningkat..jadi takut woo muka berkedut dan pigmentasi. Sekarang ni pun dah ada jeragat sikit..dulu saya ada try sabun anti jeragat tapi x berkesan. Sekarang saya cuba plak rania gold. tengok kesan dia camana..muka saya x boleh pakai yang ada bahan cemical kuat rasa macam terbakar kulit. tapi safi ni rasa sejuk jer muka, walaupun kita baru cuci muka x pakai pelembab lagi..eh melalut plak. Oklah saya nak masuk tido..malam ni hubby x der p memancing x tahu kat mana..call x angkat..geram pun ada. saya balik keje dia dah x der..mentang2 cuti sekolah 2 minggu..holiday ler tu.




Selasa, 1 Jun 2010
pola baju
Semalam saya belajar buat pola baju blaus dengan sorang akak yang baru saya kenal kat kolej ni. Akak ni tenaga pengajar sambilan fesyen. Saya ambil kesempatan nak buat pola blaus. Sebelum ni saya ada tengok buku, tapi susah nak faham bagi orang yang baru belajar macam saya ni..nak kena ada orang tunjuk teknik yang betul juga baru la senang.
Ini pola yang baru saya siapkan.
Sebenarnya nak buat pola ni bahagian ketiak dengan tangan tu yang saya confius sikit. Tapi semalam dah ada tok guru yang mengajar baru la faham. Tu pun bukan seratus peratus, nak kena belajar lagi..ni pola badan saya..kalau pola baju mak saya susah sikit sebab dia gemuk. Kalau orang gemuk ni ukuran dia lain sikit, nak kena ambil kira kat bahagian perut .
Langgan:
Catatan (Atom)