Jumaat, 4 Jun 2010

baju blaus

Yey..inilah kain yang dah siap dipotong untuk dibuat blaus. Aduh terasa sakit pinggang la plak..mana taknya gunting kain atas lantai. lain kali nak kena cari meja untuk potong kain..lenguh rasanya..Ambil masa yang lama, coz guna tracing paper..first time.takut tersalah potong, sian kat tuk guru mengajar letih-letih. Tapi bahagian leher belum potong lagi..

Rasa esok potong buat leher v je kot..senang sikit..tapi petang la baru leh buat..sekarang musim orang kenduri...makan free. Budak-budak la seronok dapat gula2 zaman dulu bagi telur jer..

Ini plak nak buat make-up bag. Saja try tambah tali pemegang tu. Baru siap tadi..tunggu esok tau saya sambung..tak larat dah nak dok lama2 kat mesin jahit tu..rasa nak putus pinggang ni..lenguh. Mak saya cakap ni la bahana masa pantang kita makan x pantang, belum tua lagi dah sakit sana sini..hehe nak buat macamana sapa suruh makan depan orang dalam pantang..terliur la..larat ker nak makan ikan haruan n ikan masin bakar jer hari2...


Ini la saya punya barang make-up..kalau x letak dalam pouch beg tu...berterabur dalam handbag saya..so lepas ni senang la sikit nak bawa p surau masa rehat..Semenjak dah masuk usia 30 ni, rasa takut pulak dengan penuaan..sebelum ni x kisah pun..bila baca sikit2 info and then tahu muka kita dah x boleh proses sendiri kulit baru bila dah meningkat..jadi takut woo muka berkedut dan pigmentasi. Sekarang ni pun dah ada jeragat sikit..dulu saya ada try sabun anti jeragat tapi x berkesan. Sekarang saya cuba plak rania gold. tengok kesan dia camana..muka saya x boleh pakai yang ada bahan cemical kuat rasa macam terbakar kulit. tapi safi ni rasa sejuk jer muka, walaupun kita baru cuci muka x pakai pelembab lagi..eh melalut plak. Oklah saya nak masuk tido..malam ni hubby x der p memancing x tahu kat mana..call x angkat..geram pun ada. saya balik keje dia dah x der..mentang2 cuti sekolah 2 minggu..holiday ler tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan