Cara mengambil ukuran kain.
a-b= ukuran punggung(tambah 4 jari supaya tidak ketat)+ 21" (susun kain)+2" basi.
a-c=ukuran pinggang ke buku lali (labuh kain)
Contoh: a-b= 36+21+2=59/2=29.5 (kain dilipat dua)
a-c=40+2=42(untuk getah pinggang dan lipat bawah kain)
Cantum kain dan kemaskan dibahagian bawah. Kemudian kain hendaklah digosok kemas.
Untuk membuat lipatan. Tandakan kain a ke b 21" dimana tandakan setiap 7". Ada 3 lipatan campur yang bawah..semua ada 4 susun kain. Kain hendaklah digosok setiap lipatan supaya kelihatan kemas.
Jahit zip 8" dibahagian tepi kain. Tinggalkan basi untuk meletak getah pinggang berukuran 1". (getah 1" + 1" untuk lipatan).
Hujung getah pinggang dibuat sarung untuk bahagian letak kancing. Sebelah sahaja, sebelah lagi tak perlu.
Potong kain dibahagian susun tadi supaya apabila kita menjahit getah, ia tidak terlalu tebal. (dalam anak panah).
Hujung kain dijahit mati (dalam bulatan) setelah dipotong bahagian bawahnyer tadi bersama getah pinggang dibawahnya yang tidak bersarung.
Hujung kain yang telah dibuat sarung tadi. Jahit mati dihujungnyer (dalam bulatan). Ini untuk memudahkan supaya kain tidak lari semasa menjahit getah nanti.
Kemaskan kain dibawah getah. Berhati-hati supaya tidak terjahit getah, nanti susah nak tarik getah, sebab getah lebih pendek dari panjang kain. Faham ker? Faham kot, saya guna bahasa mudah ni.
Jahit dibahagian tengah getah supaya getah tidak bergulung apabila digunakan. Semasa menjahit, tangan kiri tarik getah ke depan, tangan kanan tarik getah ke belakang. Kira bagi getah tegang la. Mula-mula memang susah sikit, mana nak tengok kain,mana nak tarik getah. Sampai patah jarum 2-3 batang masa mula2 belajar dulu. Bila dah buat selalu, ok jer..tak der masalah.
wahhh siap ada tutorial.. lamanya tak buat baju kurung
BalasPadamhehe..saja jer..itu jer pun yg saya tahu..dah org tempah..sekali harung jer la
BalasPadamThanks for the tutorial. senang nak faham.
BalasPadamtq kak.. sgt membantu, baru paham camana nak buat.. :)
BalasPadamtq Shas..harap dapat membantu
BalasPadamtq kutak jinggong..
BalasPadamlepas nie bole cube...senang nak faham ^_~
BalasPadamharap dpt membantu..
Padambaru paham..tima kasih
BalasPadamsama-sama..
BalasPadamKak, tumpang tanye.. Klo cnth pinggang 36. Getah nak potong bp panjang ye? Lebih kan 2" ke?
BalasPadamTq kak
sori baru perasan. ukuran pinggang 36. selalu saya buat getah kurang 2 inci, maksudnyer potong getah 34inci. coz getah kan memeri, so kena kurang la..
BalasPadamsalam kak, boleh tak bgtau cara nak jahit kasin susun tepi tu sblm jahit pinggang.
BalasPadammcmana nak terangkan yer..nnt la saya buat tutorial..sebenarnya kita dah kira 21' utk susun tepi..pastu tanda 3.5 inci smp 21"..lipatkan dpt dlm 3 susun kain..jahit susun tu..baru jahit getah
BalasPadam