Khamis, 29 April 2010

minggu yang sibuk...

Dah beberapa hari tak tulis catatan baru..bukannyer apa x citer menarik yang nak dikongsikan. Sibuk dengan kerja ofis dan bila malam pulak cepat mengantuknyer. Tak tahu la kenapa minggu ni asyik nak tido awal jer..nak potong kain pun malas rasanyer. Sekarang ni tengah belek2 buku tulisan Rosita Jaafar tentang teknik menjahit pakaian kanak-kanak. Tapi x der masa nak lakar pola lagi. Bukannyer apa, baru pegang pensel dah ada yang nak tolong, bila nak tunggu depa tidor dulu alamatnyer dengan maknyer sekali ler tidor, hehhe..alasan ler tu. Malas cakap jer la.. Okla tunggu dan lihat la hasilnyer nanti selepas khatam buku tulisan Rosita Jaafar ni. Buku ni pun saya pinjam kat library kolej.

Isnin, 19 April 2010

sarung kusyen baru

Baru nak potong kain, dah dtg pembantu yg x bergaji ni. Bila dia ada bukan mempercepatkan kerja, lagi lambat la jadinyer.Sarung kusyen yang lama.
Ini dah siap, baru satu, ada lagi 11 biji kena siapkan. Khas untuk mak tersayang...

Kain yang dah siap dipotong, tgu untuk dijahit zip.

Kain sebelum potong, beli kat Nagoya semeter RM 3.50, beli kain murah dulu. Takut x jadi nanti sayang plak kain.

Bersiap sedia untuk dipotong.

Lagi sorang mamat cuba nak interframe.....
Tunggu gambo nanti bila dah siap sepenuhnyer, cuba nak buat cepat lepas ni nak jahit baju kurung pahang sepupu la plak, nak pakai bulan 5 nanti....







Sabtu, 17 April 2010

kaf tangan...

Inilah baju yang ditempah oleh makcik cleaner, anak dia nak pakai untuk pertandingan nasyid. So tgn kena buat kaf cam ni, first time buat ni, mencabar la juga coz x pernah buat. selalu guna getah jer, kali ni guna pengeras tangan gitu.

Senget sikit kat bahagian atas tu, tapi okla x nampak sgt.


Ini la baju kurung tu. Baju ni saya siapkan juga pada malam lepas balik main bowling hari tu, coz janji nak bagi kat makcik tu hari jumaat, hari isnin cuti anak dia nak pakai hari selasa. Sampai pkl 1 pagi siapkan disamping tgn yg dok membengkak lagi gara2 bola bowling yang berat tu...Nasib la, org minta tolong kita sian plak, dah dia ckp org lain x terima tempahan coz x sempat siap...



main bowling

Pada 15 April hari tu ada pertandingan bowling yang dianjurkan oleh kelab staf dekat GM Ipoh. Janji nak start maain pukul 3, biasala kan janji melayu ni dekat pkl 4 lebih baru start main. Kelako giler bknnyer apa, ramai yg first time main, bola asyik msk longkang jer, pas2 bila game kedua mula tgn dah bengkakla, lenguh tgn la, sakit tulang belakang la, mcm2 ada. Tapi berbaloi la p jauh2 ni coz dpt hadiah no 2 and my hubby dpt no. 3 kategori laki dan pompuan.Hadiahnyer pendrive hp 4 g dan papanyer dapat hadiah mp3 car. memang x sangka nak menang coz first time la katakan, sebelum ni dok tgk org main jer, x pernah cuba pun bkn apa, malu takut bola masuk longkang. tapi kali ni p waktu org keje, kira x der la ramai org lagipun group kitaorg jer, kira okla. Tak malu sgt, rupa-rupanye ada bakat terpendam, cewah perasan la plaks..

Gaya seorang professional, haha...tonggek jgn x tonggek papa.

Baby Ya dah boring n lapar....


Baiknyer anak mama ni, x gaduh pun, kalau kat umah memang xleh dok diam sikit, seorang suka usik, seorang suka menjerit, tahan telinga jer. Lain kali leh bawa main lagi yer...



baju kurung pahang lagi...

Menjadi juga setelah 2 kali dibuka jahitannya.....
Sekarang suka tgn mcm ni, x rimas sgt bila nak makan, hehe...


Sekarang ni sibuk menjahit baju baju tempahan dari kawan2 dan sedara-mara sampai x sempat nak jenguk kat blog. LAgi satu bila buka tenet jer, along n pya sibuk nak main game yahoo. Sabor je la mama tunggu turn nak guna netbook baru mama ni.
Ni la baju kurung pahang yang dijahit sampai pukul 2 pagi baru siap. Bukan apa nak pakai juga baju ni pasal esoknyer ada kursus pendek. nak kena jadi tutor mesti la pakai baju baru wei, ajar orang kampung pasal akaun.




Baju ni tgn tu saya jahit guna elastic thread, tapi kali ni saya buka jahitan sampai 2 kali baru jadi. X tahu salah kat mana, first try jadi ketat sgt sampai x leh msk, 2nd try longgar la plak. kali ketiga baru ok, sib baik x pecah kain. kain ni la yang diberikan oleh adik saya tu.




Isnin, 5 April 2010

Sebenarnya tangan dia tu sibuk duk menggentel butang yang besar kat baju dia. Sblm ni mana ada butang yang sebesar tu. Bila nak ambil gambo ckp jgn pegang butang dia pegang telinga la plaks...

Ini la dia model yang paling mahal saya bayar, lepas pakai x sampai sejam dia ckp panas la, gatal la, macam2 lagi, patutla baju tu baru disiapkan x basuh lagi. Okla Pya, mama basuh dulu baju ni, next time baru pakai tau.



Inilah baju gaun yg saya janjikan tu, saja tambah butang nak tutup jahitan yang x kemas tu. he he, butang tu ambil dari baju yg lama2 dah x pakai.





Sabtu, 3 April 2010

Hai, baru lepas jahit tepi baju kurung yang adik saya belikan kain tu. Sebenarnya ada org jual kain dari umah ke umah, dia kesian org tu dok merayu dah jauh berjalan tapi x laku lagi. So dia beli la, 4 psg 100 rgt. Faraid la kat saya satu, mak satu, dia satu, opah satu. He he, sonok gak dapat kain free ni, dia bagi coz nak balik KL dah. Baru habis pantang anak no. 2 pompuan gak. Lepas ni mak long kena buat baju la untuk baby Dira dan Dhiya...Baru belajar buat gaun dari blog. Seronok gak bila tgk blog2 yang ajar buat tutorial, try pas2 menjadi. Cuma perlu kemaskan lagi jahitan, senget-benget org tgk pun tahu baru belajar...Malam ni baru dapat pegang laptop, tgu netbook free x sampai lg, TM ckp 2 minggu lepas psg streamyx baru dia deliver netbook. Ah..lambatnya, malas dah saya nak berebut dgn Hubby n Along. Si Along tu sejak dah tahu buka game Yahoo bukan main lagi dia, mcm2 nak main kena tgu turn la plak...Belum lagi si baby nak tgk Youtube gambo baby tepuk amai2 la, baby menyanyi la, mcm2 lg anak saya yg no.2 ni punyer karenah. At last mama la kena mengalah, tgu depa main dulu sampai tertido. Tadi hubby baru lepas tgk MU vs Chelsea. Baru nak pegang laptop dia mengamuk nak minum air plak malam buta nak buat kopi..eee geramnyer, masa tgh tgk bola tadi x plak dia nak itu nak ini, bila saya tgh byk idea nak tulis blog masa tu la plak dia nak mengacau...nak buat camner layan jer la. Esk sepupu dari KL nak dtg umah, cadang nak buat laksa. sebenarnya dia request suh buat kek coklat tapi dah lewat baru ckp, mana nak cari bhn2nyer...Kat sini hari ahad kedai tutup, org jual ikan ada la. Dia dtg nak tgk opah, sebenarnya opah dah 2 minggu dok umah saya. Okla, esok kalau sempat saya masukkan gambo baju gaun ker apa yek? Lupa la plak, tapi saya letak tali ada getah, senang skit. X der la nak terjatuh jer tgn dia tu, hari tu saya buat baju utk adik saya, tali baju dia tu asyik terjatuh jer. Nak kena betulkan balik, bagi ketat sikit ker atau pun adjust ke tgh skit tali tu. Nampak mcm senang dalam tutorial bila buat, alamak mcm2 salah..hehe budak baru belajar biasalah.