Isnin, 29 Mac 2010


ni la baju yang baru disiapkan. gambo x berapa cantik coz amatur lg. Tangan dgn bawah tu saya jahit gulung warna merah, tapi x amik gambo. Sebenarnya serger saya leh jahit gulung tapi disebabkan benang warna x der lg, so anto kedai ler..rasa rugi gak kalau jahit tangan dgn bawah tu jer Rm 3.00, kalau beli benang leh guna byk kali. Tgu la kalau ada masa baru p cari benang warna kat kedai yang ok skit coz kedai kat Gerik ni mahal sgt.




projek masa cuti

Sibuk menyiapkan baju kurung pahang adik tempah. Dia beli baju kat http://fazcotton2.blogspot.com. Nanti saya amik gambar. Baju tu saya letak elastic thread kat tgn nak bagi nampak kelainan skit. Itu pun belajar dari blog yang sudi buat tutorial. terima kasih diucapkan pada guru-guru yang ikhlas berkongsi ilmu. Pas2 ada kain lebih, saya buat gaun untuk anak saya. Tapi x siap lagi. Coz tengah syok menjahit, tiba2 papanyer ajak makan piza kat ipoh, layan jer la dah orang nak belanja. Rezeki jangan ditolak beb.. rugi..

Rabu, 24 Mac 2010

alhamdulillah, tercapai hajat...

Sebenarnya dah lama nak berblog ni..sejak semua org ada blog teringin la plaks. Akhirnya tercapai la hajat selepas diusahakan beberapa bulan..bukannya apa kat tempat saya ni susah sikit nak dapat line streamyx. Semenjak adik saya yang no 4 ni keje kat telekom, dia dapat pakej untuk staf, jadi saya x lepaskan peluang dapat netbook free satu..yeaaa sonok sgt. Lepas ni boleh ler berblog sakan, jgn sampai lupa nak masak n kemas rumah dah la. Hehe...sama ler kita tgk nanti sampai bil blog saya ni leh maintain, bukan apa saya ni bekerja sepenuh masa, hari cuti n malam jer la kot nak bolh berbloghopping ni...